Sunday, June 27, 2010

Nie la saya....

Hai semua...inilah selepas disiapkan oleh kakak2 nurse tu... Lps tu plak Daddy saya sibuk jer balut saya dgn Jersi Arsenal... Saya tetap sokong Arsenal macam daddy... Hehehe......





Hmm....Baby World Cup 2010

Pada 25hb Jun 2010, jam 2.33pm selepas Solat Fardhu Jumaat setelah selama 8jam ada didalam Labour Room, akhirnya seorang insan comel telah dilahirkan kedunia... Berat 3.24Kg dan seorang bayi perempuan yang telah diberi nama Iriss Amani... Ini la saat2 yang paling gembira bagi pasangan suami isteri iaitu Rafi Effendi dan Sharina Salmi..




Hai mummy...Hai daddy..... im coming........

Thursday, June 24, 2010

Jawapannya

Hmmm....dah semakin hampir dah... Seronok pun ada, berdebar pun ada...Tu la perasaan aku skang nie... Hari khamis 23hb Jun org rumah aku mengalami rasa sakit tidak henti2.. Lalu aku terus bergegas ke Az-Zahrah Islamic Medical Center di Bandar Baru Bangi dan terus ke Labour Room setelah doktor NorAini periksa, org umah aku ditahan di wad...





Bila tengok alat nie, siapa dah ada pengalaman mesti tau ape kegunaan alat nie..

Friday, June 18, 2010

Penantian

Memang benar per yang semua org katakan bahawa 'Penantian itu satu penyiksaan'....... Bila terkena pada diri aku sendiri baru la aku percaya bahawa semua itu adalah benar... Dari hari Selasa dah sehingga ke hari ini aku tetap menunggu dan menanti dengan penuh sabar, debaran dan kegembiraan bercampur kesyahduan...

p/s: ikuti blog duniadaddy ini untuk mengentahui per yang terjd mengenai 'Penantian'